MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
(PBS)
TEMA: SENI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK ESEI ILMIAH:
SEJARAH MENGENAI ADAT RESAM KAUM MELANAU SARAWAK
|
|||
NAMA
PELAJAR
|
: SHENA
TING
|
||
NO.
KAD PENGENALAN
|
: 9410101-12-6446
|
||
ANGKA
GILIRAN
|
:
|
||
NAMA
SEKOLAH
|
: SMK
MUHIBBAH , SANDAKAN
|
||
NO.
PUSAT
|
: SE0252
|
||
Penyelidikan Esei Ilmiah Tingkatan Enam
Copyright © All
Rights Reserved
Penyediaan kertas Cadangan / Proposal
TEMA:
(3) SENI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK: MENGKAJI TENTANG
SEJARAH ADAT RESAM KAUM MELANAU SARAWAK.
OLEH : SHENA TING
Perkara
Halaman
1.0 PENGENALAN 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN 2
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3
5.0 OBJEKTIF KAJIAN ` 3
6.0 SASARAN KAJIAN 4
7.0 SKOP KAJIAN 4
8.0 METODOLOGI KAJIAN 5
9.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA
6
10.0 BIBLIOGRAFI
7
11.0 BAJET/KOS KAJIAN 8
1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan di kawasan Sandakan
dengan mengkaji mengenai adat
resam kaum Melanau Sarawak. Penduduk kaum
Melanau Sarawak telah
mengamalkan adat resam ini sejak dahulu lagi
sehingga kini. Masyarakat Melanau
mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan,
kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat
dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.
Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan
hingga ke hari ini. Dari aspek kelahiran, ibu yang mengandung terikat daripada
mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak
bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang
berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil
tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi
masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada
wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Si
suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong
kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan
menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di
dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si
suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat
penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan
meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh
ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat
ataupun gugur.
Dari aspek
perkahwinan pula, kaum Melanau Sarawak menitikberatkan aspek pangkat dalam
institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau
juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh
pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat
menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun
begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu
merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan secara
besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana
ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih
awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu
'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan
'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara
pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada
hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah
kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri
oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah
persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Selesai bersanding di
rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan
untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya
termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan.
1
Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin
dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh mandi di sungai dan
tidak boleh tidur pada waktu siang. Oleh kerana perkahwinan merupakan satu
institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang
perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan.
Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah; Setelah menjadi pasangan
suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara
ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak
boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri
sakit atau memulas. Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh
dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh
sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran. Pakaian
tradisonal lelaki ialah; satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket
bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa dan menggayakan baju
potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang
sifon berkopiah Jawa. Manakala pakaian tradisonal bagi wanita pula ialah, baju
baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang
pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul, dan Baju
Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan
dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri
kepih dada dan kepih sanggul.
2.0 LATAR BELAKANG
2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui
bagaimanakah amalan serta adat
resam kaum
Melanau –Sarawak. Saya juga mengkaji beberapa persoalan seperti apakah jenis
pakaian tradisonal yang perlu diikuti oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan
dalam masyarakat kaum Melanau Sarawak? Apakah adat perkahwinan kaum Melanau
Sarawak? Sejauh manakah amalan adat istiadat ini dipraktikkan pada zaman dahulu
dengan zaman era pasca moden kini? Oleh hal yang demikian, maka betapa
pentingnya kajian ini dilaksanakan untuk meneroka dan mengenalpasti serta
menerangkan persoalan yang bermain di minda dengan lebih jelas lagi supaya
dapat memahami serta mendalami pemahaman mengenai adat resam kaum Melanau
Sarawak. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber untuk dimanfaatkan
oleh generasi akan datang serta pengetahuan mengenai adat resam kaum Melanau
Sarawak ini.
3
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidikan ini telah dilakukan berdasarkan kajian
lapangan atau menemu bual dan melalui soalan soal selidik yang dijalankan dalam
tempoh penyelidikan .Seterusnya ialah hasil kajian ini diharapkan dapat memberi
manfaat dan kebaikan serta ilmu pengetahuan kepada pelbagai peringkat
masyarakat termasuklah para pelajar tidak kira pada peringkat rendah atau menengah
mahupun peringkat universiti dan penduduk setempat serta berkemungkinan kepada
para penyelidik yang ingin menyambung kajian ini dan dijadikan sebagai satu
panduan kepada mereka pada masa yang akan datang .
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kerja
Kursus ini dijalankan berrtujuan untuk :
a)
Mengkaji latar
belakang serta amalan dalam adat resam kaum melanau di Sarawak
b)
Mengenalpasti
kegiatan adat resam kaum melanau di Sarawak.
5.0 SASARAN KAJIAN
Sasaran penyelidik untuk peroleh maklumat tentang adat resam kaum
melanau di Sarawak
adalah melalui temu bual seorang
penduduk yang berketurunan melanau yang telah menetap di Sandakan Sabah. Selain
itu ,penyelidik telah memperoleh maklumat tambahan dengan mengedarkan borang
soal selidik secara rawak kepada masyarakat kaum melanau Sarawak yang telah
menetap di Sandakan Sabah.
4
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian
ini telah dijalankan di sekitar Sandakan
Peta
Lokasi kajian Pusat Bandar Sandakan
Sumber
: Laman WEB GOOGLE MAPS
5
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Bagi tujuan pengumpulan data, metod
perpustakaan menjadi asas dalam mengolah persoalan pokok mengenai adat resam kaum
melanau sarawak. Metod ini digunakan untuk
mengenal
pasti pengertian dan konsep adat resam kaum melanau sarawak.Untuk
memperoleh
data yang berkaitan dengan persepsi masyarakat suatu borang soal selidik telah
dibuat.Soal selidik ini dijalankan
dengan mengambil kira demografi responden dan beberapa bentuk soalan yang
berkaitan dengan adat resam kaum melanau sarawak.
Selain
itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang berkaitan
dengan
adat resam kaum melanau sarawak bagi mencari maklumat terperinci mengenai adat
perkhawinan tersebut. Seterusnya metod
melawat ke tempat kajian iaitu Bandar Sandakan dimana penyelidik praktikkan bagi
mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.
6
8.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA
BIL
|
TEMPOH
|
PERKARA
|
TINDAKAN CALON
|
1
|
2 Jan - 4 Jan
|
Pengenalan kepada
ilmu sejarah, kaedah penyelidikan dan penulisan sejarah
|
® Memahami konsep dan teori sejarah
® Memahirkan diri tatacara penyelidikan sejarah
® Kenal pasti langkah-langkah penulisan sejarah
|
2
|
7 Jan -
18 Jan
|
Penyediaan
Cadangan Penyelidikan
|
® Memilih tajuk yang sesuai
® Menulis tujuan kajian
® Membina permasalahan kajiam
® Mencari sorotan kajian (kajian literature)
® Menggunakan pelbagai kajian penyelidikan sejarah
® Merangka struktur esei
® Mengaplikasi teknik membuat rumusan
® Mengaplikasi format penulisan bibliografi
|
3
|
21 Jan - 10 April
|
Menjalankan
kajian
|
® Menjalankan penyelidikan
® Menyaring dan mengklasifikasikan
maklumat yang didapati
® Menulis esei
|
7
9.0 BIBLIOGRAFI
Rujukan laman sesawang
Rujukan laman sesawang Blogger
Lee Yong Leng “Penduduk dan Petempatan di Sarawak”.
L.W.Jones “The Population Of Borneo” (A study of
peoples of Sarawak, Sabah and Brunei)
Haji Buyong Adil “Sejarah Sarawak”
11.0 BAJET/KOS KAJIAN
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Melayari internet
di CyberCafe
|
RM 5.00
|
2
|
Dakwat Printer
|
RM 50.00
|
3
|
Kertas bersaiz A4
|
RM 15.90
|
4
|
Alat tulis
|
RM 8.00
|
5
|
Tambang Bas
|
RM 5.00
|
6
|
Fail
|
RM 1.50
|
7
|
Kredit telefon
membuat panggilan
|
RM 15.00
|
|
JUMLAH
|
RM 100.40
|
8
adakah ini merupakan PBS yang lengkap ?
BalasPadamlengkap doh tu , mu nk lengkap guane ag , aduhh . tlong la phm sikit . tokleh ke haa ?!!!
BalasPadamsangat membantu . thank u so much :D
BalasPadamkaji sejarah pendidikan
BalasPadamkos kajian pun adaaa? haha okay
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam