Isnin, 21 Januari 2013

Contoh proposal sejarah bagi PBS tingkatan 6 sistem modular

      
                                      
                      MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
           SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
                                     PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
                                   (PBS)
                TEMA: SENI DAN KEBUDAYAAN
                          TAJUK ESEI ILMIAH:
SEJARAH MENGENAI ADAT RESAM KAUM MELANAU SARAWAK
 
NAMA PELAJAR
: SHENA TING
 
 
NO. KAD PENGENALAN
: 9410101-12-6446
 
 
ANGKA GILIRAN
:
 
 
NAMA SEKOLAH
: SMK MUHIBBAH , SANDAKAN
 
 
NO. PUSAT
: SE0252
 
 
     Unit Sejarah JPN Sabah @ 2013
  Penyelidikan Esei Ilmiah Tingkatan Enam
 
                                                                                                                                                Copyright © All Rights Reserved
Penyediaan kertas Cadangan / Proposal
 
                                              TEMA: (3) SENI DAN KEBUDAYAAN
 
TAJUK: MENGKAJI TENTANG SEJARAH ADAT RESAM KAUM MELANAU                     SARAWAK.
 
                                                OLEH    : SHENA TING
 
 
Perkara                                                                                                                        Halaman
 
1.0       PENGENALAN                                                                                                  1
2.0       LATAR BELAKANG KAJIAN                                                                         2
3.0       PERMASALAHAN KAJIAN                                                                            2
4.0       KEPENTINGAN KAJIAN                                                                                 3
5.0       OBJEKTIF KAJIAN                                     `                                                     3
6.0       SASARAN KAJIAN                                                                                           4
7.0       SKOP KAJIAN                                                                                                    4
8.0       METODOLOGI KAJIAN                                                                                   5
9.0       JADUAL PERANCANGAN KERJA                                                                  6
10.0     BIBLIOGRAFI                                                                                                     7                    
11.0     BAJET/KOS KAJIAN                                                                                         8                                                   
 
 
 
 
 
 
 
 
1.0    PENGENALAN
 
  Kajian ini dijalankan di kawasan Sandakan dengan mengkaji mengenai adat
  resam kaum Melanau Sarawak. Penduduk kaum Melanau Sarawak telah
  mengamalkan adat resam ini sejak dahulu lagi sehingga kini. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Dari aspek kelahiran, ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.
Dari aspek perkahwinan pula, kaum Melanau Sarawak menitikberatkan aspek pangkat dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
                                                                                                                                                          1
Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang. Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah; Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas. Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran. Pakaian tradisonal lelaki ialah; satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa dan menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa. Manakala pakaian tradisonal bagi wanita pula ialah, baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul, dan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2.0    LATAR BELAKANG
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                        2                                                                                    
2.0     PERMASALAHAN KAJIAN
  
   Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui bagaimanakah amalan serta adat
   resam kaum Melanau –Sarawak. Saya juga mengkaji beberapa persoalan seperti apakah jenis pakaian tradisonal yang perlu diikuti oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan dalam masyarakat kaum Melanau Sarawak? Apakah adat perkahwinan kaum Melanau Sarawak? Sejauh manakah amalan adat istiadat ini dipraktikkan pada zaman dahulu dengan zaman era pasca moden kini? Oleh hal yang demikian, maka betapa pentingnya kajian ini dilaksanakan untuk meneroka dan mengenalpasti serta menerangkan persoalan yang bermain di minda dengan lebih jelas lagi supaya dapat memahami serta mendalami pemahaman mengenai adat resam kaum Melanau Sarawak. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang serta pengetahuan mengenai adat resam kaum Melanau Sarawak ini.
 
                                                                                                                                          
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                    3
 
 
3.0      KEPENTINGAN KAJIAN
          
    Penyelidikan ini telah dilakukan berdasarkan kajian lapangan atau menemu bual dan melalui soalan soal selidik yang dijalankan dalam tempoh penyelidikan .Seterusnya ialah hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan serta ilmu pengetahuan kepada pelbagai peringkat masyarakat termasuklah para pelajar tidak kira pada peringkat rendah atau menengah mahupun peringkat universiti dan penduduk setempat serta berkemungkinan kepada para penyelidik yang ingin menyambung kajian ini dan dijadikan sebagai satu panduan kepada mereka pada masa yang akan datang .
 
4.0      OBJEKTIF KAJIAN
          Kerja Kursus ini dijalankan berrtujuan untuk :
a)      Mengkaji latar belakang serta amalan dalam adat resam kaum melanau di Sarawak
b)      Mengenalpasti kegiatan adat resam kaum melanau di Sarawak.
                                      
5.0      SASARAN KAJIAN
          Sasaran penyelidik untuk peroleh maklumat tentang adat resam kaum melanau di Sarawak
          adalah melalui temu bual seorang penduduk yang berketurunan melanau yang telah menetap di Sandakan Sabah. Selain itu ,penyelidik telah memperoleh maklumat tambahan dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada masyarakat kaum melanau Sarawak yang telah menetap di Sandakan Sabah.
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                          4
6.0       SKOP KAJIAN
           Kajian ini telah dijalankan di sekitar Sandakan
    
                                         Peta Lokasi kajian Pusat Bandar Sandakan
                                          Sumber : Laman WEB GOOGLE MAPS
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                          5
 
7.0     METODOLOGI KAJIAN
         Bagi tujuan pengumpulan data, metod perpustakaan menjadi asas dalam mengolah persoalan pokok mengenai adat resam kaum melanau sarawak. Metod ini digunakan untuk
         mengenal pasti pengertian dan konsep adat resam kaum melanau sarawak.Untuk
         memperoleh data yang berkaitan dengan persepsi masyarakat suatu borang soal selidik telah
         dibuat.Soal selidik ini dijalankan dengan mengambil kira demografi responden dan beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan adat resam kaum melanau sarawak.
         Selain itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang berkaitan
         dengan adat resam kaum melanau sarawak bagi mencari maklumat terperinci mengenai adat
         perkhawinan tersebut. Seterusnya metod melawat ke tempat kajian iaitu Bandar Sandakan dimana penyelidik praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                          6
 
 
 
8.0        JADUAL PERANCANGAN KERJA
 
BIL
TEMPOH
PERKARA
TINDAKAN CALON
1
2 Jan   -     4 Jan
Pengenalan kepada ilmu sejarah, kaedah penyelidikan dan penulisan sejarah
®    Memahami konsep dan teori sejarah
®    Memahirkan diri tatacara penyelidikan sejarah
®    Kenal pasti langkah-langkah penulisan sejarah
2
7 Jan   -   18 Jan
Penyediaan Cadangan Penyelidikan
®    Memilih tajuk yang sesuai
®    Menulis tujuan kajian
®    Membina permasalahan kajiam
®    Mencari sorotan kajian (kajian literature)
®    Menggunakan pelbagai kajian penyelidikan sejarah
®    Merangka struktur esei
®    Mengaplikasi teknik membuat rumusan
®    Mengaplikasi format penulisan bibliografi
3
21 Jan -   10 April
Menjalankan kajian
®    Menjalankan penyelidikan
®    Menyaring dan mengklasifikasikan  maklumat yang didapati
®    Menulis esei
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                    7
9.0  BIBLIOGRAFI
 
Rujukan laman sesawang
 
Rujukan laman sesawang Blogger
 
Lee Yong Leng “Penduduk dan Petempatan di Sarawak”.
L.W.Jones “The Population Of Borneo” (A study of peoples of Sarawak, Sabah and Brunei)
Haji Buyong Adil “Sejarah Sarawak”
 
 
11.0 BAJET/KOS KAJIAN
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
1
Melayari internet di CyberCafe
                       RM 5.00
2
Dakwat Printer
RM 50.00
3
Kertas bersaiz A4
RM 15.90
4
Alat tulis
                       RM 8.00
5
Tambang Bas
                       RM 5.00
6
Fail
                       RM 1.50
7
Kredit telefon membuat panggilan
                       RM 15.00
 
           JUMLAH
            RM 100.40
 
                                                                                                                                                          8